MySpace Layouts
MySpaceLayouts

Wednesday 24 November 2010

PROMOSI CUTI SEKOLAH !!

Cuti sekolah telah pun bermula, ramai yang dah mula membawa anak-anak 2 bercuti. Ada juga yang sibuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai dan keluarga. So sempena cuti sekolah 'NENDA HOMESTAY' mengadakan promosi harga cuti sekolah yang istimewa !


SEWAAN HARI BIASA - RM 220.00 UTK 2Hari 1Malam

PROMOSI CUTI SEKOLAH - RM 180.00 UTK 2Haari 1Malam

RM 350.00 UTK 3Hari 2Malam

CEPAT!! CEPAT !!

UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI:- NENDA 013- 931 1903 ATAU DARAMAN 019- 474 8436

Sunday 19 September 2010

TAWARAN CUTI SEKOLAH


Sekrang ni bulan September dah pun setengah bulan. Hujung2 tahun , macam2 aktiviti ada. Ada yang sibuk merancang nak bertunang lah, berkahwinlah dan ada juga tengah memikir2 kemana nak pergi bila cuti sekolah nanti.

So sesiapa yang bercadang nak bercuti atau melancung ke pantai timur masa cuti ni nanti jangan lupa singgah di KUANTAN.

NENDA HOMESTAY SENTIASA MENGALU-ALUKAN ANDA YANG BERHASRAT UNTUK MENGINAP.

SPECIAL DISKAUN BAGI PENGINAPAN MELEBIHI 2 MALAM !!!!!!!

Wednesday 26 May 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI !!!!!!




Cuti sekolah datang lagi. Itulah yang selalu di tunggu-tunggu oleh anak-anak kita.

Masa untuk membawa mereka bercuti dan melancong seperti yang di syorkan oleh kerajaan kita iaitu CUTI-CUTI MALAYSIA...

So kenapa tidak untuk datang ke KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR.
Sebuah bandar yang kaya dengan panorama yang cantik dan menarik .
Salah satunya ialah pantai Balok, dimana setiap tahun di adakan acara SUKAN PERAHU LAYAR bertaraf Antarabangsa.


So kalau ke KUANTAN , jangan lupa menginap di NENDA HOMESTAY.

Unutk keterangan lanjut dan tempahan:

Hubungi :- NENDA ; 03-931 1903 (24 HOURS)



**********************************************

Sunday 23 May 2010

PENGUMUMAN !!!!








NENDA HOMESTAY ....adalah sebuah penginapan yang selesa.

Rumah teres 3 bilik dan 2 bilik air - End Lot
Terletak di 30, Lorong Chengal Lempong 17, Taman Idaman Bayu, Pantai Balok Kuantan Pahang.
Berhampiran dengan Pusat Rekreasi Pantai Balok - boleh lah kalau nak tengok matahari terbit di waktu pagi.

Semua bilik dilengkapkan dengan katil kelamin, perabut dan kipas siling.
(insyaallah akan dilengkapi dgn air-cond dlm masa terdekat nanti)

Sofa,TV dan meja makan ala Jepun (sbb Nenda rasa duduk bersila bila makan lagi selesa)

Dapur dilengkapi dengan pinggan-mangkuk, peti ais dan cerek elektrik.
Microwave untuk memanaskan makanan - dapur tidak disediakan bagi memastikan kebersihan homestay dapat dikekalkan.

Penginap homestay boleh menikmati makanan tradisional di sekitar kawasan berhampiran seperti sata, otak2 dan keropok leko panas2 lagi yang diangkat dari dapur.

Waktu malam kalau nak makan masakan panas seperti masakan Ala Thai , ikan bakar dan masakan China juga ada di kawasan berdekatan.

Kemudahan2 lain yang ada seperti KFC, Klinik Kesihatan, Balai Polis, Masjid, Pejabat Pos dan lain kemudahan asas.

Penginap juga boleh berjalan-jalan atau melawat kawasan yang berhampiran seperti Kampung Nelayan Beserah yang terkenal dengan "Kereta Kerbau" . Melihat nelayan menjemur ikan kering dan ikan bilis.

Atau pun berkelah di Pantai Balok, Telok Chempedak,Batu Hitam ataupun Cherating.

Untuk Tempahan atau keterangan lanjut.

Sila hubungi :- NOR RAHANI (Nenda) : 013-931 1903 atau

e.mail ke : nor_rahani@yahoo.com