MySpace Layouts
MySpaceLayouts

Sunday, 23 May 2010

PENGUMUMAN !!!!








NENDA HOMESTAY ....adalah sebuah penginapan yang selesa.

Rumah teres 3 bilik dan 2 bilik air - End Lot
Terletak di 30, Lorong Chengal Lempong 17, Taman Idaman Bayu, Pantai Balok Kuantan Pahang.
Berhampiran dengan Pusat Rekreasi Pantai Balok - boleh lah kalau nak tengok matahari terbit di waktu pagi.

Semua bilik dilengkapkan dengan katil kelamin, perabut dan kipas siling.
(insyaallah akan dilengkapi dgn air-cond dlm masa terdekat nanti)

Sofa,TV dan meja makan ala Jepun (sbb Nenda rasa duduk bersila bila makan lagi selesa)

Dapur dilengkapi dengan pinggan-mangkuk, peti ais dan cerek elektrik.
Microwave untuk memanaskan makanan - dapur tidak disediakan bagi memastikan kebersihan homestay dapat dikekalkan.

Penginap homestay boleh menikmati makanan tradisional di sekitar kawasan berhampiran seperti sata, otak2 dan keropok leko panas2 lagi yang diangkat dari dapur.

Waktu malam kalau nak makan masakan panas seperti masakan Ala Thai , ikan bakar dan masakan China juga ada di kawasan berdekatan.

Kemudahan2 lain yang ada seperti KFC, Klinik Kesihatan, Balai Polis, Masjid, Pejabat Pos dan lain kemudahan asas.

Penginap juga boleh berjalan-jalan atau melawat kawasan yang berhampiran seperti Kampung Nelayan Beserah yang terkenal dengan "Kereta Kerbau" . Melihat nelayan menjemur ikan kering dan ikan bilis.

Atau pun berkelah di Pantai Balok, Telok Chempedak,Batu Hitam ataupun Cherating.

Untuk Tempahan atau keterangan lanjut.

Sila hubungi :- NOR RAHANI (Nenda) : 013-931 1903 atau

e.mail ke : nor_rahani@yahoo.com

No comments:

Post a Comment